Program Intervensi Awal Untuk Kanak-Kanak

Sesetengah kanak-kanak memerlukan sokongan tambahan untuk membina kemahiran perkembangan seperti komunikasi, interaksi sosial, fokus dan perhatian, kemahiran bermain, dan kemahiran belajar awal.

Di Kizzu Kids, kami menyediakan Early Intervention Program (EIP) yang membantu kanak-kanak membina kemahiran ini melalui aktiviti pembelajaran yang berstruktur. Program ini dijalankan dalam kelas kecil dengan pendekatan yang mesra kanak-kanak.

Apa Itu Early Intervention Program (EIP)?

Early Intervention Program adalah program yang membantu kanak-kanak yang mengalami kelewatan perkembangan membina kemahiran penting untuk pembelajaran dan kehidupan harian. Program ini biasanya sesuai untuk kanak-kanak yang:

Lambat Bercakap

Mengalami kelewatan dalam pertuturan dan kemahiran berbahasa.

Sukar Fokus

Mudah hilang tumpuan dan kesukaran mengekalkan perhatian.

Sukar Berinteraksi

Menghadapi kesukaran untuk berinteraksi dengan orang lain.

Cabaran Perkembangan

Mempunyai keadaan seperti autism atau developmental delay.

Melalui aktiviti pembelajaran yang berstruktur, kanak-kanak akan dibimbing untuk membina kemahiran perkembangan secara berperingkat.

Kemahiran Yang Dibina Dalam Program EIP

Program EIP membantu kanak-kanak membina beberapa kemahiran perkembangan penting seperti:

Kemahiran Komunikasi

Membantu anak belajar menggunakan bahasa untuk berkomunikasi.

Kemahiran Sosial

Menggalakkan interaksi dengan guru dan rakan sebaya.

Kemahiran Bermain

Membantu anak belajar bermain secara bermakna, berstruktur dan bertema.

Fokus & Belajar Awal

Membina daya tumpuan dan melatih kemahiran persediaan untuk pembelajaran.

Bagaimana Kelas EIP Dijalankan?

Kelas EIP biasanya dijalankan dalam kumpulan kecil supaya kanak-kanak boleh belajar bersama rakan sebaya dalam persekitaran yang terkawal. Dalam sesi ini, kanak-kanak akan terlibat dalam:

  • Aktiviti komunikasi
  • Aktiviti bermain berstruktur
  • Aktiviti interaksi sosial
  • Aktiviti perkembangan kemahiran belajar awal

Suasana Menyeronokkan

Pendekatan ini membantu kanak-kanak belajar dalam suasana yang menyeronokkan dan menyokong perkembangan mereka.

Siapa Yang Sesuai Menyertai Program Ini?

Program Early Intervention biasanya sesuai untuk kanak-kanak yang:

Mengalami kelewatan perkembangan
Lambat bercakap
Sukar fokus atau mengikuti arahan
Mempunyai cabaran komunikasi/sosial

Sebelum menyertai program, kanak-kanak biasanya perlu menjalani screening atau penilaian perkembangan terlebih dahulu.

Kenapa Ramai Ibu Bapa Pilih Kizzu Kids?

Program intervensi awal yang berstruktur
Pendekatan pembelajaran yang mesra kanak-kanak
Therapist berpengalaman dalam perkembangan
Persekitaran menyokong perkembangan anak

Kami membantu kanak-kanak membina kemahiran penting untuk perkembangan mereka.

Langkah Pertama Untuk Sertai Program EIP

Jika ibu bapa risau tentang perkembangan anak, langkah pertama adalah melakukan screening perkembangan anak. Melalui screening ini, therapist boleh membantu menentukan sama ada anak sesuai untuk menyertai Early Intervention Program (EIP).

Tanya Tentang Program EIP