Risau Tentang Perkembangan Anak?

Kadang-kadang ibu bapa mula risau apabila melihat anak lambat bercakap, sukar fokus, kurang respon, lebih suka bermain sendiri, atau sukar mengikuti arahan. Tidak semua situasi ini bermaksud anak mempunyai masalah perkembangan.

Di Kizzu Kids, kami menyediakan Child Development Screening untuk membantu mengenal pasti tanda awal kelewatan perkembangan. Jika ada sebarang kerisauan, langkah pertama adalah melakukan screening ini.

Siapa Yang Sesuai Untuk Screening Ini?

Screening perkembangan ini sangat sesuai jika anak menunjukkan tanda-tanda seperti berikut:

Lambat Bercakap

Kurang respon apabila dipanggil atau kesukaran berinteraksi dengan orang lain.

Sukar Fokus

Anak mudah hilang perhatian dan sukar untuk mengikut arahan yang diberikan.

Suka Bersendiri

Lebih suka bermain sendirian dan kurang minat untuk bersosial bersama rakan.

Kelewatan Lain

Menunjukkan kelewatan dalam kemahiran perkembangan tertentu berbanding usia.

Apa Yang Dilihat Semasa Screening?

Child Development Screening adalah proses pemerhatian awal. Therapist akan melihat beberapa aspek seperti:

  • Komunikasi dan kemahiran bahasa
  • Interaksi sosial dan kemahiran bermain
  • Fokus dan daya perhatian anak
  • Kemahiran motor halus dan kasar

Penting Untuk Tahu

Screening ini bukan diagnosis, tetapi membantu mengenal pasti sama ada anak mungkin memerlukan penilaian lanjut atau sokongan tambahan.

Kenapa Screening Awal Penting?

Ramai ibu bapa hanya menyedari cabaran perkembangan apabila anak sudah lebih besar. Screening awal membantu anda bertindak cepat.

Faham Perkembangan

Membantu ibu bapa memahami tahap perkembangan anak dengan lebih jelas seawal mungkin.

Kenal Pasti Tanda

Mengenal pasti tanda awal kelewatan perkembangan sebelum menjadi lebih ketara.

Langkah Seterusnya

Mendapatkan cadangan langkah seterusnya jika anak benar-benar perlukan sokongan tambahan.

Sokongan Tepat

Membantu memastikan anak mendapat bimbingan yang bersesuaian dengan keperluan mereka.

Kenapa Ramai Ibu Bapa Pilih Kizzu Kids?

Therapist Berpengalaman
Penilaian Profesional
Pendekatan Mesra Anak
Fokus Kemahiran Praktikal

Langkah Pertama Untuk Memahami Perkembangan Anak

Jika ibu bapa mempunyai kerisauan tentang perkembangan anak, langkah pertama adalah melakukan screening perkembangan. Melalui screening ini, therapist boleh membantu memberi gambaran awal tentang keadaan anak.

Tanya Tentang Screening Anak