Tanda Anak Mungkin Mengalami Speech Delay
Setiap kanak-kanak berkembang pada kadar yang berbeza. Namun beberapa tanda ini sering diperhatikan pada kanak-kanak yang mengalami kelewatan pertuturan.
Bercakap Sedikit
Perkataan yang digunakan masih sangat terhad untuk umur mereka.
Sukar Menyebut
Sebutan sukar difahami walaupun oleh ahli keluarga terdekat.
Kurang Guna Bahasa
Anak lebih menggunakan isyarat atau menarik tangan orang dewasa.
Sukar Bina Ayat
Anak mungkin hanya menggunakan satu perkataan sahaja untuk berkomunikasi.
Apa Yang Dinilai Semasa Penilaian?
Semasa sesi penilaian, therapist akan melihat beberapa aspek perkembangan komunikasi anak seperti:
-
Pemahaman bahasa
-
Penggunaan perkataan
-
Sebutan perkataan
-
Kemahiran komunikasi & interaksi sosial
Hasil Penilaian
Penilaian ini membantu therapist memahami tahap perkembangan bahasa anak, cabaran komunikasi yang dihadapi, serta menyusun cadangan terapi yang paling sesuai.
Bagaimana Speech Therapy Membantu Anak
Terapi direka secara berperingkat dan disesuaikan mengikut keperluan spesifik setiap kanak-kanak.
Perkembangan Bahasa
Membantu anak belajar memahami dan menggunakan perkataan dalam konteks yang betul.
Sebutan Perkataan
Melatih anak menyebut perkataan dengan lebih jelas agar mudah difahami oleh orang sekeliling.
Kemahiran Komunikasi
Mengajar anak cara menyampaikan keperluan, emosi, dan berinteraksi dengan orang lain.
Interaksi Sosial
Menggalakkan anak menggunakan bahasa secara aktif dalam aktiviti bermain dan komunikasi harian.