Siapa Yang Sesuai Untuk Screening Ini?
Screening perkembangan ini sangat sesuai jika anak menunjukkan tanda-tanda seperti berikut:
Lambat Bercakap
Kurang respon apabila dipanggil atau kesukaran berinteraksi dengan orang lain.
Sukar Fokus
Anak mudah hilang perhatian dan sukar untuk mengikut arahan yang diberikan.
Suka Bersendiri
Lebih suka bermain sendirian dan kurang minat untuk bersosial bersama rakan.
Kelewatan Lain
Menunjukkan kelewatan dalam kemahiran perkembangan tertentu berbanding usia.
Apa Yang Dilihat Semasa Screening?
Child Development Screening adalah proses pemerhatian awal. Therapist akan melihat beberapa aspek seperti:
-
Komunikasi dan kemahiran bahasa
-
Interaksi sosial dan kemahiran bermain
-
Fokus dan daya perhatian anak
-
Kemahiran motor halus dan kasar
Penting Untuk Tahu
Screening ini bukan diagnosis, tetapi membantu mengenal pasti sama ada anak mungkin memerlukan penilaian lanjut atau sokongan tambahan.
Kenapa Screening Awal Penting?
Ramai ibu bapa hanya menyedari cabaran perkembangan apabila anak sudah lebih besar. Screening awal membantu anda bertindak cepat.
Faham Perkembangan
Membantu ibu bapa memahami tahap perkembangan anak dengan lebih jelas seawal mungkin.
Kenal Pasti Tanda
Mengenal pasti tanda awal kelewatan perkembangan sebelum menjadi lebih ketara.
Langkah Seterusnya
Mendapatkan cadangan langkah seterusnya jika anak benar-benar perlukan sokongan tambahan.
Sokongan Tepat
Membantu memastikan anak mendapat bimbingan yang bersesuaian dengan keperluan mereka.